Sunday, June 28, 2009

Permata yang hilang

MJ..
ini bukan pasal mak janda,
tapi cerita seantero dunia,
jangan orang silap sangka,
sekadar penghargaan pada yang tiada..

MJ...
dua huruf satu susuk,
tiga zuriat jadi yatim,
empat kurun telah menghibur,
lima Jackson jadi batu loncatan...

MJ..
lahirnya mencipta satu revolusi,
untuk bangsa dahagakan emansipasi,
hidupnya sarat dengan kontroversi,
matinya pula mungkin konspirasi...

MJ...
kau meninggalkan satu legasi,
yang tak mungkin akan diisi,
separuh umat seakan menangisi,
sedangkan ia punca baru rezeki...

MJ..
samada ianya 'black or white',
dirimu juga 'gone too soon',
sesungguhnya 'you are not alone',
selagi hatimu kekal 'keep the faith'...

MJ..
Terima kasih atas segalanya,
Jadi tauladan pada semua,
Yang tinggal kini tanda tanya,
Semoga damai bertemu denganNya

Friday, May 22, 2009

Resah dan gelisah

Lagu ini ditujukan pada mereka yang jiwanya resah gundah gulana sejak kebelakangan ini. Siramlah hatimu dengan perasaan kasih dan sayang, usah dilayan segala sifat mazmumah yang berada disekitar dirimu. Semoga bertemu cahaya di hujung terowong.


Cinta Kenangan Silam (XPDC)
lagu/lirik : Arwah JS Kevin.

C... cintaku yang satu
I... impiankan nyata
N... nikmat yang berbeza
T... tanpa pengertian
A... antara kau aku

C..cuba kau pejamkan matamu yang ayu
I..inginku nyatakan ke dalam hatimu
N..noktah cinta kita sampainya disini
T..takkan musnah impian yang ku harapkan
A..aku mengerti siapa diri ini

K..kekayaan tiada dalam diri
E..entah mengapa jadi begini
N..nasib demikian rupa
A..angkara dunia
N..namun langkahku takkan berhenti di sini
G..gerhana itu mengubat hatiku
A..aku tersentuh dalam janjimu dulu
N..nyata kau membisu

S..sehingga pudar telah
I..ingatan ini
L..lalu ku menyepi
A..apakah ini semua sudah biasa
M..mainan hidupmu

Cinta kenangan silam



Tuesday, May 12, 2009

Hari-hari seorang Ibu

Ehh ibu,
Kenapa kamu bermuram durja dikala ini?
Mengapa air mata menjadi teman sepanjang hari?
Apakah yang selalu berlegar di benak kecilmu itu?
Bila agaknya kau akan kembali tomtombak dengan kami?
Adakah anak-anak mu akan meratapi atau berjoli?

Ishh ibu,
andai hari ni seorang siswazah menerima ijazah,
atau hari ni seorang peragut ditangkap dibelasah,
andai hari esok seorang doktor sibuk di bilik bedah,
atau hari esok anak betinamu ditangkap basah,
Jangan kau lupai, semua itu dugaan dari Yang Berkuasa..

Oh ibu,
bunyinya sangat indah tapi tugasnya merumitkan,
ramai yang syahid, tak kurang juga yang lari sakan,
ambillah peranan dan pesanan dari para agamawan,
kelak anak-anak bangsamu akan menyanjung sepanjang zaman..

Thursday, May 7, 2009

Sarkis

Arakian, tersebutlah kisah tahun-tahun 80-an dahulu. Ketika drama/filem luar negara memonopoli kotak televisyen saban petang dan malam. "Kojak", "Dirty dozen", "Mcgyver" dan "bluethunder" antara drama yg diimport utk menghiburkan duka lara warga 1 Malaysia. Tapi satu yang tak boleh lupa, pabila tiba hari cuti umum/perayaan agama, pasti 1 pertunjukan sarkis/badut terlatih yang akan ditayangkan pada pagi hari. Tiada siri kartun seperti kebiasaan hujung minggu. Macam2 aksi pelik,lawak dan mengerikan yang menggeletek perasaan seisi keluarga.

Jeng jeng jeng

Setelah hampir berkurun tidak melihat di kaca tv, paling hebat pun hanyalah sedutan iklan "Royal London Circus" selama 60 saat yang menggamit memori sewaktu kecil. Tetapi tiba2 kita telah disajikan aksi sarkis/badut terhormat di layar tv, dan paling seronok ia ditayangkan ketika waktu puncak. Cerita tipu tapi benar ini pula berlaku nun jauh di utara lembah Klang, lebih tepat di Ipoh (ipoh mali talak sombong wooo). Sungguh terhibur,"mesmerizing", menakutkan, semua elemen tak terkecuali yang menambah hangatkan persembahan. Pastinya aksi ini akan dikenang dan terpahat dalam sejarah negara untuk 1000 tahun lagi...Lihatlah dunia, inilah tanahairku...

Suatu Masa




(lagu/lirik:M.Nasir)

Bagaimanakan ku mula

Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

Tujuh Lapan Enam

Sesi Ta'aruf/perkenalan baru bermula.

Selamat baca dan faham.


Yang di bawah telah ku gali,
Yang di atas ingin ku cari,
Yang di kanan bukan hakiki,
Yang di kiri jangan dilupai...

Dalam negara membuta tuli,
Dalam pejabat bergosip joli,
Dalam kereta asyik memaki,
Dalam rumah selalu kugauli..

Pandai takkan datang berlari,
Bodoh ada dalam semua diri,
Budi jangan sampai dijual beli,
Ikhlas jua yang dihitung selepas mati..